Assalamualaikum w.b.t.....

Saturday, November 3, 2012

hikmah disebalik ujian

aku pernah tersadung dan tersungkur di sepanjang perjalanan hidupku... tiap kali aku tersungkur, ku singkap kembali perjalanan hidupku sebelum ini.... rupanya banyak maksiat dan dosa yang telah ku lakukan..... terima kasih Ya Allah, Engkau sentiasa menyedari aku dengan ujianMu...betapa tinggiNya kasih sygMu Ya Allah....Aku ingin mencintaiMu, Rasul kami setulus hati..... aku ku cuba mencapai tahap itu Ya Allah.... ujian yang Engkau berikan banyak menitiskan air mata dosa YaaLLAH... AKU MALU, AKU Segan untuk berdepan denganMu.... banyak lagi tentang kehidupan ini aku masih terkeliru.... Ya Allah bantulah hambaMu ini....^_^

Tuhan Jagakan Dia (Khas buat Sahabatku)

Hanya dirimu yang ku percaya Takkan membuatku terkapai lagi Aku merasa..... kau lah sahabat yang terbaik Walau kita selalu bergaduh Takkan membuat kau jauh dari hatiku apa adanya.... ku kan tetap ada disisimu... Tuhan jagakan dia Dia sahabatku 'kan tetap menjadi sahabatku Aku sungguh mencintai (kerna Allah) sungguh menyayangi setulus hatiku.... rap.. saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan bersama, saat tiada lagi waktu buat kita, berkongsi cerita girang, cukup saja ku ada disisimu, bersamamu, lalu mendoakan dirimu, Dengan cara itu, aku memohon memohon agar Dia selalu menjagamu... bila kita bersama saat tu aku tak pernah menghargai nilai persahabatan kita... namun bila ku sedari genggaman tanganmu kian longar saban waktu... pada masa ini baru kusadari kau telah pergi jauh dari diriku... namun aku da katakan kau tetap dalam hatiku kerna kaulah sahabat dunia akhirat ku.... terima kasih kerna pernah hadir menceriakan waktu dan hariku sahabat... moga Dia kan selalu menjagamu..... Allahuakhbar....^_^

dikala ini....bisikan syaitan bermain

malam ini kukesepian....selalu merindu pada dirinya.....tak tau bila berakhirnya....dia y selalu bermain ketika mimpiku berlayar jauh...oh sungguh indah ..bagaikan ia rela....tu dikatakan jangan berani memijak api jika terpijak merana padahnya.....huhu....oh..klu dia tau apa yang selalu bermain di minda ini pasti dia takut nie kan.....isk2 gatal2....hhuhu....istighfarlah selalu sekiranya ini yang selalu kamu alami selalu ok....

SAIDINA HAMZAH R.A.: PENGHULU SYUHADA

Riwayat Hidup Saidina Hamzah r.a. merupakan bapa saudara kepada Rasulullah SAW, iaitu dari sebelah bapa Baginda. Beliau Dilahirkan pada tahun 570 Masihi, di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau sangat rapat dengan Rasulullah SAW sejak kecil. Hobi beliau adalah memanah dan memburu. Beliau pernah memukul Abu Jahal yang menampar Rasulullah SAW. Beliau juga digelar 'Asadullah' yang bermaksud 'Singa Allah" kerana keberaniannya di medan perang. Juga digelar 'Sayyidus Syuhada' (penghulu orang yang mati syahid) kerana mati dalam peperangan Uhud pada tahun ke 3 Hijrah dan dimakamkan berdekatan Bukit Uhud. Sifat Peribadi Beliau sangat menjaga tingkah lakunya dan tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina & berpoya-poya. Beliau juga adalah seorang yang gagah berani. Beliau pernah menyahut cabaran melawan 2 orang tentera musyrikin dalam perang Badar. Beliau banyak membunuh musuh dalam perang Uhud dan merupakan pemegang panji-panji tentera Islam dalam beberapa peperangan. Beliau juga pernah melindungi Rasulullah SAW dari ancaman pihak Quraisy. Beliau adalah seorang yang cekal dan pantas bertindak. Beliau pernah ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Makkah dan Syam. Pernah dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai panglima perang dalam perang Badar. Beliau merupakan seorang yang bijak mengatur strategi perang dan melancarkan serangan dengan tersusun ketika perang meletus hingga memberikan kemenangan kepada pihak Muslimin. Pengislaman Suatu hari Abu Jahal telah menghina dan mencerca Rasulullah SAW di Bukit Safa. Pada ketika itu, Saidina Hamzah sedang berburu. Dalam perjalanannya pulang, beliau diberitahu tentang penghinaan itu oleh 2 orang wanita. Saidina Hamzah sangat marah dan mencari Abu Jahal yang sedang berbincang dengan pembesar Quraisy di Masjidil Haram. Beliau memukul kepala Abu Jahal dengan busar panahnya hingga berlumuran darah. Kemudian beliau berkata: "Sesiapa yang berani menghalang dan mencabar aku, silakan! Telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah Rasul Allah dan ajaran yang dibawanya adalah benar. Demi Allah, aku ialah pengikut Muhammad. Kalau kamu berani, halanglah aku." Inilah detik pengislaman Saidina Hamzah. Sikap beliau ini didorong oleh perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW serta kebenaran yang dibawa oleh Baginda. Pengislamannya ini menyebabkan umat Islam semakin kuat dan dihormati. Oleh itu pemimpin Quraisy mulai gentar untuk terus menindas umat Islam sesuka hati mereka. Sumbangan Dan Pengorbanan Antara sumbangan utama Saidina Hamzah ialah melindungi Rasulullah SAW dari ancaman musuh serta penglibatan dan peranannya di dalam semua peperangan yang melibatkan kaum Muslimin. Beliau juga banyak berkorban untuk menegakkan agama Allah SWT. Selain itu, beliau juga sentiasa mengambil berat tentang persaudaraan tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Saidina Hamzah juga banyak membantu perkembangan dakwah Islam hingga dihormati oleh masyarakat luar. Gugur Syahid Beliau gugur sebagai syuhada semasa Perang Uhud setelah ditikam curi dengan lembing oleh seorang hamba sahaya bernama Wahsyi bin Harb yang dijanjikan pembebasan oleh pemiliknya, Jubair bin Muth'im, sekiranya dapat membunuh Saidina Hamzah. Setelah dibunuh, hati beliau telah dilapah oleh Hindun bt Utbah, isteri Abu Sufyan kerana ingin membalas dendam di atas kematian bapanya, Utbah bin Rabi'ah. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya... dicopy daripada http://tigosotigo.blogspot.com/2010/05/saidina-hamzah-ra-penghulu-syuhada.html